fbpx

Pelajar tingkatan satu dirogol dua rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan satu mengikut rakan lelaki sekolahnya keluar makan malam menjerat diri apabila dia menjadi mangsa rogol pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa mengikut rakan lelaki berusia 15 tahun ke Gunung Jerai dekat sini dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 untuk menjamu selera kira-kira pukul 8.15 malam.

“Selepas menikmati hidangan, dia dibawa pulang ke rumah rakan lelakinya itu di Bedong sebelum dibawa menaiki kereta Proton Wira.

“Turut bersama di dalam kereta itu ialah seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun dari sekolah sama serta tiga lagi lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudian dibawa bersiar-siar dan apabila sampai di bawah terowong berdekatan sebuah taman perumahan, mangsa dirogol oleh dua remaja lelaki itu di dalam kereta secara bergilir-gilir.

“Kejadian pada pukul 1 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan tiga lagi lelaki kerana mereka bertindak sebagai pemerhati dan berada di luar kereta.

“Selepas dirogol, mangsa dihantar ke rumah sewa seorang rakan pelajar lelaki terbabit di Bedong,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa bersama keluarga kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian di Balai Polis Bedong.

“Polis sebelum itu menerima laporan daripada ibu mangsa berkaitan anak perempuannya tidak pulang ke rumah pada hari Ahad,” jelasnya.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk pemeriksaan dan kini diletakkan di bawah pengawasan kaunselor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

“Kita sedang menjejaki kesemua pelajar dan lelaki terlibat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI