fbpx

Jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Adnan (kanan) dan isterinya, Wan Nafisah sewaktu menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci baru-baru ini.

KEMAMAN – Seorang jemaah umrah dari Kampung Mak Chili di sini meninggal dunia dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Tanah Suci Mekah hari ini.

DIfahamkan, Adnan Mamat, 55, yang merupakan bekas pekerja minyak dan gas mengadu tidak sihat kepada ahli keluarganya sewaktu berada di dalam pesawat sebelum tiba-tiba meninggal dunia.

Anak sulungnya, Nurfatihah Adnan, 23, berkata, dia dihubungi ibunya, Wan Nafisah Wan Abd. Rahman, 45, untuk memaklumkan berita sedih itu pada pukul 11 pagi.

Dia memberitahu, ibu bapanya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci bersama tiga lagi saudara mereka sejak 20 September lalu sebelum dijadual pulang ke tanah air hari ini.

“Saya tidak pasti waktu sebenar ayah meninggal tetapi ibu memaklumkan arwah pergi dengan tenang dan sempat mengucap kalimah Syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Ahli keluarga yang lain kemudiannya memberitahu kru pesawat sebelum arwah disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nurfatihah yang merupakan anak sulung daripada lima beradik berkata, pesawat Saudi Arabian Airlines yang dinaiki ibu bapanya kini sedang mendarat di India dan proses dokumentasi sedang dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI