fbpx
Vimala (kiri) bergambar ketika majlis perkahwinan suaminya, Kalyan dengan bekas teman wanitanya, Nitya. - Facebook

Isteri baik hati kahwinkan suami dengan bekas teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang wanita di India mempersetujui perkahwinan suaminya dengan bekas teman wanita lelaki berkenaan setelah mengetahui bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Kejadian itu berlaku di bandar Turupati, negeri Andhra Pradesh.

Pencipta kandungan video tempatan, Kalyan sebelum ini  berkahwin dengan seorang wanita bernama Vimala selepas mereka berkenalan menerusi media sosial.

Rumahtangga mereka sejahtera sehinggalah Vimala mendapat tahu bahawa suaminya bercinta dengan seorang lagi pencipta kandungan dari Visakhapatnam yang baru berpindah ke kawasan itu.

Daripada cuba memutuskan hubungan suami isteri itu, bekas teman wanita Kalyan, Nitya Sree sebaliknya mahu menyertai keluarga tersebut.

Menurut beberapa saluran berita di India, Kalyan dan Nitya telah memutuskan hubungan kerana mengalami beberapa isu yang sejak itu, telah diselesaikan.

Apabila Nitya berpindah ke Tirupati, dia mendapati bahawa mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain dan merayu kepada Vimala untuk berkahwin. 

Setelah mengambil sedikit masa, Vimala yang pada awalnya keliru akhirnya memutuskan untuk membenarkan perkahwinan itu. Dia malah turut serta bergambar bersama mereka ketika pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan.

Vimala bahkan bersetuju apabila pasangan itu mencadangkan agar mereka sekeluarga tinggal serumah. – Agensi

POPULAR