fbpx

Boleh guna Pas Lawatan Sosial bagi kerja kecemasan, kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee

PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan kemudahan masuk baharu menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) atau PLS@XPATS bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan dan kritikal dilaksanakan segera oleh pekerja profesional.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pas itu boleh digunakan oleh pakar terlibat selama 30 hari sekali gus membolehkan operasi industri terus berjalan dan kepentingan negara kekal terjaga.

“JIM amat memahami terdapat keperluan dalam syarikat tempatan dan antarabangsa (MNC) yang memerlukan kepakaran asing bagi melaksanakan kerja kritikal seperti pembaikan mesin dan janakuasa elektrik selain sistem teknologi maklumat gagal berfungsi.

“Pakar-pakar asing diperlukan segera supaya operasi dan produktiviti syarikat tidak terjejas serta kepentingan negara sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, sebagai sebuah agensi  terlibat secara langsung dalam pelaksanaan usaha pemulihan ekonomi negara, JIM memperkenalkan kemudahan masuk baharu itu bagi memastikan kerja kecemasan dan kritikal itu dilaksanakan segera.

“Syarikat boleh mengemukakan permohonan mereka melalui pautan sistem atas talian Imigresen iaitu https://mtp.imi.gov.my/plsXpats.

“Kelulusan akan diberikan secara atas talian dalam masa tiga hari bekerja. Warganegara asing yang memerlukan visa juga boleh memohon Visa Malaysia secara atas talian melalui sistem e-Visa,” jelasnya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemain industri dan pihak berkepentinga boleh menghantar e-mel kepada [email protected] untuk tindakan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI