fbpx

Perez tawan Grand Prix Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perez

SINGAPURA – Pelumba Red Bull Racing, Sergio Perez melakar sejarah tersendiri sejurus berjaya meraih kemenangan sulungnya pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Singapura sebentar tadi.

Perez yang memulakan saingan di petak kedua bijak menggunakan segala peluang apabila berjaya memintas pasukan Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz sekali gus mendominasi sepanjang perlumbaan di Litar Jalanan Marina Bay.

Meskipun Leclerc terpaksa berpuas hati menamatkan saingan tempat kedua namun ia sudah cukup untuk memastikan peluangnya mengejar gelaran dunia F1 terus terbuka selepas Max Verstappen (Red Bull) sekadar menamatkan saingan tempat ketujuh.

Hasil keputusan tersebut, Leclerc mempunyai 125 mata untuk direbut dalam baki lima pusingan nanti selepas pemandu Monaco tersebut hanya dipisahkan 104 mata dengan Verstappen.

Ketika ini, Verstappen masih kekal mendahului carta kedudukan pemandu selepas mengumpul 341 mata dan Leclerc ditangga kedua dengan 237 mata.

Namun, Verstappen memerlukan lapan mata untuk mengatasi Leclerc dan sembilan mata mengatasi Perez bagi mengesahkan kejuaraan di Suzuka, minggu depan.

“Ini adalah perlumbaan terbaik dalam karier saya apabila mengawal saingan ini dengan cukup baik. Tetapi baki tiga pusingan terakhir begitu sengit.

“Saya memberikan segala-galanya dan akhirnya berjaya menjulang kemenangan di sini,” kata Perez. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI