fbpx

Kakak syukur dapat tatap, peluk Azi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azi (kanan) bersama ibu, bapa dan adik-beradiknya semasa tiba di rumah mentuanya di Jalan Kelochor, Kota Bharu hari ini. FOTO MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

TUMPAT – Kakak kepada ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari ke Thailand lebih dua minggu bersyukur dapat menatap wajah dan memeluk adiknya selepas dia tiba di rumah mentuanya di Jalan Kelochor di sini hari ini.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, kepulangan semula Azi amat dinanti oleh seluruh ahli keluarga.

Katanya, dia dapat melihat ibu dan ayahnya menitiskan air mata kegembiraan selepas dapat melihat Azi pulang dalam keadaan selamat.

“Buat sementara waktu, Azi itu akan tinggal bersama suaminya di Kota Bharu. Kemungkinan dia akan pulang ke rumahnya di Semat Jal, Tumpat tidak lama lagi.

“Terima kasih rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan Azi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, Azi tiba di rumah mentuanya kira-kira pukul 2.50 petang dengan diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Wanita itu menangis semasa memeluk bapa, Mohd. Naim Awang,70, dan ibunya, Zahasnah Mohd. Zain, 61, yang menunggu di depan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI