fbpx

Dua lelaki disyaki larikan ahli perniagaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki dilarikan oleh beberapa individu dengan menaiki sebuah MPV Khamis lalu.

AMPANG – Pekerja kilang dan penjual sayur ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes melarikan seorang ahli perniagaan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Pandan Indah di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua lelaki yang juga berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan di Jalan Putra Sulaiman, Taman Dagang pada pukul 3 petang, semalam

“Polis merampas beberapa pakaian, telefon bimbit dan sebuah Toyota Vellfire yang digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, mangsa berusia 38 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sekitar jam 10.45 malam, selepas dilepaskan oleh suspek di Klang.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan di kaki dan muka akibat pergelutan dengan sekumpulan lelaki itu mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang dengan pihak majikan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI