fbpx

Pemansuhan hutang pengajian dipertikai, 770,000 graduan dikecualikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMEGANG hutang pinjaman pelajar mengambil bahagian dalam demonstrasi di luar pintu masuk kakitangan White House di Washington pada 27 Julai lalu. – AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pimpinan Presiden Joe Biden merombak program melunaskan hutang pengajian dengan mengecualikan 770,000 peminjam swasta yang dijamin oleh kerajaan persekutuan, lapor laman berita RT kelmarin.

Langkah bagi mengurangkan risiko tindakan undang-undang daripada berbilang negeri dan sebuah firma undang-undang yang mempersoalkan sama ada pentadbiran Biden boleh menggunakan wang rakyat untuk melunaskan hutang pengajian pelajar swasta atau berbuat sedemikian tanpa kelulusan Kongres.

Pelajar mengikuti Program Pinjaman Pendidikan Keluarga Persekutuan (FFEL) yang berakhir pada 2010 dan Program Pinjaman Perkins Persekutuan yang berakhir pada 2017, tidak lagi layak mendapat subsidi tersebut.

Dalam kedua-dua program FEEL dan Perkins, kerajaan persekutuan bertindak sebagai penjamin kepada pelajar yang ditawarkan pinjaman pendidikan swasta. 

Ini bermakna pemberi pinjaman swasta dan agensi jaminan yang terlibat, boleh menyaman pentadbiran Biden atas kerugian yang dialami jika hutang pelajar dibatalkan.

Sebuah gabungan negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang daripada Parti Republikan menyaman pentadbiran Biden Khamis lalu kerana didakwa melampaui had kuasa eksekutif Presiden.

Mereka berkata, Biden masih menggunakan Covid-19 sebagai alasan dan melanjutkan ‘darurat kesihatan’ yang diisytiharkan pada 2020 untuk mewajarkan pembatalan hutang pelajar walaupun mengisytiharkan wabak koronavirus sudah berakhir awal bulan ini.

“Jabatan Pendidikan di bawah peruntukan undang-undang, dikehendaki mengutip bayaran hutang pelajar. Biden tidak mempunyai kuasa untuk mengatasinya,” kata Peguam Negeri Arkansas, Leslie Rutledge.

Inisiatif pemansuhan pinjaman pelajar diumumkan oleh Biden pada Ogos lalu, menjanjikan pelunasan hutang sehingga AS$20,000 (RM92,740) untuk rakyat AS yang memperoleh pendapatan bawah AS$125,000 (RM579,625) setahun. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI