fbpx
SYAZA ingin jadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti.

Gadis Perak peminat setia Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di sebalik watak ceria dan mesra yang ada dalam dirinya, tiada siapa menyangka gadis berusia 21 tahun ini sebenarnya seorang insan yang mudah tersentuh.

Menurut Syaza Nur Nabihah, 21, peribadi lembutnya itu bagaimanapun tidak meng­halangnya untuk menjadi manusia cekal, terutama membabitkan peribadi dan maruah.

Gadis berasal dari Manjung, Perak ini berkata, atas sebab itulah dia berjaya melalui fasa kedewasaan termasuk mampu mencari pendapatan sendiri me­nerusi pelbagai jenis ‘review’ yang dilakukan di media sosial.

Menurut Syaza, setiap kritikan yang dilemparkan telah menjadikan dirinya seorang yang sentiasa peka terutama dalam menjaga penampilan diri.
Kepada wartawan Kosmo! Ahad, gadis ini turut berkongsi pelbagai perihal kehidupan yang menjadikan dirinya sebagai manusia matang.

KOSMO! AHAD: Sebagai se­orang remaja yang bergerak ke alam dewasa, bagaimana Syaza menghadapi cabaran yang mendatang?
SYAZA: Apabila sudah me­ning­kat umur, saya lebih me­ngenali bagaimana kehidupan yang sebenar apabila ramai yang mula tidak puas hati dengan apa yang ada dalam diri saya. Ketika zaman kanak-kanak, saya merasakan alam dewasa itu cukup indah, tetapi sebaliknya ia mempunyai banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuh.

Apa pengalaman yang tidak boleh dilupakan?
Saya mula melakukan promosi di InstaStory awal Mac tahun ini, dan selepas itu semakin banyak yang mahu jadikan saya model untuk produk, pakaian, dan barangan mereka. Bagaimanapun, buat masa ini, saya mahu fokus kepada pelajaran dahulu.

SYAZA berbangga dapat berdikari dan mencari rezeki pada usia muda.

Boleh kongsikan pengalaman di zaman persekolahan?
Ketika zaman persekolahan, saya amat menjaga keterampilan diri sehingga ada yang menganggap saya memakai alat solek sedangkan tidak. Sejak kecil, saya memang suka mencantikkan diri.

Apa cabaran terbesar yang pernah Syaza hadapi?
Saya pernah berada dalam si­tuasi perlu belajar secara dalam talian dan dalam masa yang sama perlu menjaga ibu yang dalam fasa pantang ketika melahirkan anak ketiga. Kesukaran berlaku apabila perlu membahagikan masa belajar, menjaga ibu dan adik kecil saya.

Siapa yang mencorakkan hidup Syaza selama ini?
Keluarga. Jika sesuatu me­nimpa diri saya, keluarga menjadi orang pertama yang tahu dan memberikan nasihat yang baik tanpa mengkritik. Termasuk juga rakan baik yang sentiasa ada di sisi saya.

Syaza lebih cenderung terhadap bidang apa?
Sudah tentu bidang perniagaan. Dari kecil saya amat gemar untuk bermain aktiviti menjual beli. Selepas habis sekolah, saya menjadi ejen kepada produk yang sedang tular.

Siapakan Syaza dalam 10 tahun akan datang?
Saya berharap jadi insan yang berguna dan taat kepada ibu bapa. Saya ingin mempunyai sumber kewangan sendiri, dan menjadi ahli perniagaan berjaya.

SELAIN berniaga, Syaza mahu fokus kepada pelajaran.

Apa ciri-ciri lelaki pilihan?
Cukup solat lima waktu, bertanggungjawab, hormat kepada orang tua, mampu melayani karenah saya, penyayang dan juga lembut tutur bicaranya.

Destinasi pelancongan yang diminati?
Sebagai peminat setia Manchester United, sudah tentu Uni­ted Kingdom destinasi pilihan utama dan menonton perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium Old Trafford sudah lama saya impikan.

Sifat peribadi yang orang tidak tahu?
Syaza seorang yang lebih terbuka untuk kenal de­ngan orang kalau orang itu mempunyai sema­ngat yang sama de­ngan Syaza.
Kalau rasa sombong atau buat tak tahu, saya akan kawal diri dan buat hal sendiri, secara umum­nya saya sentiasa mudah rapat dengan orang yang baru.

POPULAR

BERITA BERKAITAN