fbpx
GERRARD mengakui para pemainnya tidak boleh memandang mudah kemampuan Leeds musim ini biarpun memiliki pengalaman menewaskan pasukan itu musim lalu. – AFP

EPL: Steven Gerrard bimbang gagal ulangi prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard meng­akui bimbang dengan kemam­puan yang dimiliki Leeds United menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini.

Meskipun menang 3-0 ke atas Leeds musim lalu, namun ia tidak menjadi tiket buat Villa untuk berasa selesa memandangkan pa­sukan tuan rumah itu menunjukkan peningkatan ketara di bawah kendalian Jesse Marsch.

Justeru, Gerrard percaya pa­sukannya akan berdepan kesukaran untuk mendapatkan tiga mata pada perlawanan malam ini berdasarkan rekod cemerlang Leeds apabila beraksi di laman sendiri.

“Leeds sudah menunjukkan banyak peningkatan pada musim ini. Jesse (Marsch) sudah lakukan tugas yang sangat baik apabila berjaya mengekalkan Leeds untuk terus beraksi dalam saingan Liga Perdana.

“Beliau menyusun pasukan dengan sangat baik apabila mendapatkan pemain-pemain berkualiti pada jendela perpindahan musim panas. Mereka juga mengharungi aksi pramusim yang sangat baik,” katanya.

Villa yang tewas empat kali dalam enam perlawanan awal musim ini boleh menarik nafas lega apabila menang ke atas Southampton selain seri dengan Manchester City pada dua aksi terakhir.

“Leeds memiliki ramai pemain berkualiti hasil daripada perpindahan sebelum ini. Mereka kini menampilkan aksi lebih me­yakinkan dan kami bukan sahaja akan berdepan pasukan hebat, malah penyokong mereka juga,” ujar Gerrard. – AGENSI

POPULAR