fbpx

[VIDEO] Kenderaan terhalang punca dua lelaki bertumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan dua lelaki di persimpangan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2, Batu Caves, semalam.

GOMBAK – Kenderaan terhalang dipercayai punca dua lelaki tempatan bergaduh sehingga bertumbuk di persimpangan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2, Batu Caves di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan sebuah video berdurasi lebih seminit memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu.

Berikutan itu, katanya, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang merupakan salah seorang pemandu dalam kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu dipercayai bermula daripada pertengkaran mulut antara mangsa dengan seorang pemandu lain.

“Ia adalah disebabkan kesesakan lalu lintas berpunca daripada kenderaan mangsa yang menghalang kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan terbabit untuk tampil membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 / 018- 9636942,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI