fbpx

Program Galeri UNITI terjemah penyatuan Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah (tengah) merasmikan Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn.

KAJANG – Program Galeri UNITI Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn di sini disifatkan sebagai platform terbaik dalam menterjemahkan semangat penyatuan rakyat sekali gus mewujudkan kehidupan lebih harmoni.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama AEON BiG (M) Bhd. itu berlangsung selama 10 hari bermula 29 September sehingga 9 Oktober dengan menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program itu berlangsung secara serentak di sembilan AEON terpilih bermula pukul 10 pagi hingga 10.30 malam.

“Semangat perpaduan yang terbina merentasi sempadan kaum, agama, budaya dan bahasa terus diperkasa melalui kepelbagaian pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

“Antara pengisian utama termasuklah pameran Rumah Kami, Citarasa Menu Keluarga Malaysia, Persembahan Busana Etnik Keluarga Malaysia dan aktiviti sukan tradisional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru Keluarga Malaysia agar dapat bersama-sama mendukung aspirasi perpaduan dengan sentiasa meraikan kepelbagaian dan menghormati perbezaan.

Antara lokasi terpilih untuk program itu termasuklah AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Kuala Lumpur; AEON Bandar Baru Klang, Selangor ; AEON BiG Batu Pahat, Johor dan AEON BiG Falim, Ipoh Perak.

Selain itu, ia termasuklah di AEON BiG Penang Prai, Pulau Pinang; AEON Bandaraya Melaka;
AEON Kota Bharu, Kelantan; AEON Kuching, Sarawak dan AEON Seremban 2, Negeri Sembilan.

Selain itu, Pameran Galeri UNITI ini boleh dikunjungi di lain-lain lokasi seperti ruang legar Pasaraya Kuantan Parade, Pahang selain Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Sabah; Kompleks Ujana Kewangan Labuan dan Econsave Kota Tinggi, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI