fbpx

Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia pupuk persefahaman antara kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah (empat dari kanan) ketika menyempurnakan perasmian program SUKM di Miri, Sarawak hari ini.

MIRI – Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia (SUKM) disasarkan menjadi tapak integrasi untuk menyemarak dan memperbanyakkan detik-detik perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang meraikan kepelbagaian.

Kementerian Perpaduan Negara berkata, pelancaran SUKM peringkat wilayah Sarawak telah diadakan di sini hari ini dengan pengisian aktiviti yang dapat menggalakkan kefahaman Keluarga Malaysia kepada kepelbagaian yang ada, melahirkan rasa hormat dan meraikan kepelbagaian dan menerima perbezaan.

“Pengisian utama program SUKM adalah Pameran Rumah KAMI Keluarga Malaysia di mana adat resam dan budaya serta cara hidup masyarakat pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak antaranya kaum Jatti Miriek, Kedayan, Melanau, Cina, Iban, Kayan dan Kenyah dipamerkan.

“Acara lain seperti Uniti Fun Walk, Citarasa Menu Keluarga Malaysia, Explorace Negaraku, Piknik Keluarga Malaysia dan Pertandingan Mewarna Si Cilik turut diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata kenyataan itu, program berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Sadique yang sebelum itu turut mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perpaduan Negara (MExUnity) Tahun 2022 semalam.

“MExUnity merupakan Majlis Mesyuarat antara Menteri Perpaduan Negara bersama Menteri Perpaduan Negeri Sarawak, Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Exco-Exco Perpaduan Negeri.

“Majlis ini merupakan platform antara Kementerian Perpaduan Negara dan kerajaan negeri untuk membincangkan usaha-usaha pemangkin penyatupaduan Keluarga Malaysia, pelan tindakan dan perancangan program-program perpaduan yang dilaksanakan di peringkat pusat dan negeri sehingga ke akar umbi bagi mencapai agenda perpaduan nasional,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Halimah turut menzahirkan penghargaan paling istimewa buat kerajaan
negeri Sarawak atas kerjasama yang diberikan, selain berterima kasih kepada 1,063 komuniti KRT negeri Sarawak yang aktif berperanan sebagai ejen penggerak perpaduan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI