fbpx

Penjual ikan tular kahwini wanita cantik dari Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN itu bergambar ketika majlis perkahwinan mereka. - YouTube

JAKARTA – Kisah seorang penjual ikan dari Indonesia yang berkahwin dengan wanita berkulit putih dari Russia tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Wolipop.

Pasangan itu tular setelah memuat naik video perkahwinan mereka di laman YouTube. 

Anjar Hari Riswanto yang bekerja sebagai penjual ikan di Rembang, Jawa Tengah telah berkahwin dengan Zukofa Veronica atau lebih dikenali sebagai Nika dari bandar St. Petersburg, Russia.

Pasangan itu dikatakan bertemu di Facebook pada 2016. Mereka kemudian bercinta sebelum akhirnya berkahwin pada tahun ini.

Nika kali pertama mengunjungi Indonesia pada 2020 dan dikatakan jatuh cinta dengan kepelbagaian makanan istimewa di negara itu.

“Saya suka nasi dengan tauhu. Sedap boleh makan banyak dengan bakwan dan tempe. Saya juga suka soto banjar,” katanya.

Wanita itu juga gembira kerana dapat mempelajari banyak bahasa dan salah satunya ialah bahasa Jawa. 

Anjar berkahwin dengan Nika pada 24 Julai lalu. Pasangan itu kemudian tinggal di rumah sewa dengan tiga bilik tidur. 

Video yang dimuat naik pasangan itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga kamu berdua sentiasa sihat selalu,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI