fbpx
PENIAGA asal Kompleks Mutiara Selera Tanjung Bungah, George Town di sini berkumpul meluahkan kebimbangan dan nasib yang bakal dihadapi mereka nanti.

Peniaga Kompleks Mutiara Selera Tanjung Bungah mahu kembali berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Lebih 30 peniaga asal Kompleks Mutiara Selera Tanjung Bungah di sini merayu supaya mereka dibenarkan kembali beroperasi di bangunan berkenaan setelah siap dibina semula nanti.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja Kompleks Mutiara Selera Tanjung Bungah, Roseliani Zakariah berkata, ini kerana lesen kesemua peniaga asal kompleks itu ditarik balik selepas kejadian kebakaran dua tahun lalu.

Menurutnya, mereka juga dimaklumkan yang kompleks berkenaan akan diuruskan pihak operator swasta.

”Sebelum ini, kompleks tersebut di bawah seliaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) namun kini diuruskan pula oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

”Kami sebagai peniaga asal terkilan kerana tidak pernah dipanggil untuk mendapatkan makluman terkini mengenai pembinaan kompleks ini dan kami tahu mengenai tender kepada operator swasta ini pun menerusi surat khabar.

”Kami juga bimbang sekiranya operator swasta menguruskan kompleks ini bagaimana dengan nasib kami peniaga asal di sini, adakah kami dapat peluang berniaga semula,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 November 2020, Kompleks Mutiara Selera Tanjung Bungah yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya para pelancong hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Kompleks itu kemudian dibangunkan semula oleh kerajaan negeri dengan kos RM3.49 juta dan dijangka siap tahun ini.-KOSMO! ONLINE

POPULAR