fbpx
Petugas perubatan mengira batang sudu besi yang dikeluarkan oleh seorang pakar bedah dari perut seorang pesakit. - SWNS

Lelaki telan 63 sudu besi cuba hilang ketagihan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang pakar bedah di India membuat pe­nemuan mengejutkan apabila mengeluarkan 63 batang sudu besi daripada perut seorang pesakit, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pakar bedah tersebut, Dr. Rakesh Khuran melakukan pembedahan yang berlangsung selama dua jam melibatkan seorang pesakit dari daerah Muzaffarnagar, negeri Uttar Pradesh yang dipercayai mula menelan objek berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Pesakit itu dirujuk ke hospital kerana mengalami sakit perut dan pada mulanya, doktor menyangka ia mungkin disebabkan oleh ketumbuhan dalam perut.

Bagaimanapun, pemeriksaan X-ray menunjukkan terdapat longgokan bendasing yang akhirnya dikenal pasti sebagai sudu besi.

Pakar bedah tersebut terpaksa mengeluarkan satu demi satu sudu dan dengan sangat berhati-hati agar tidak mencede­rakan organ dalaman pesakit.

“Selama bergelar doktor bedah selama 35 tahun, ini kali pertama saya berdepan de­ngan kes seperti ini.

“Apabila saya bertanya kepada pesakit alasan dia menelan sudu tersebut, dia memberitahu ia adalah perbuatan yang terpaksa dilakukan,” jelas Rakesh.

Menurut keterangan keluarga pesakit, perbuatan tersebut mungkin berlaku semasa pesakit menjalani rawatan keta­gihan dadah di sebuah klinik tempatan.

Dia menelan sudu-sudu tersebut dengan mudah apabila mematahkan hujung sudu berbentuk bujur dan hanya menyumbat batang sahaja ke dalam mulut.

Pesakit tersebut masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor. – Agensi

POPULAR