fbpx
AKHARA dirakam mengangkat tangannya di atas kepala selama lebih sedekad. -Twitter

Lelaki India angkat tangan lebih sedekad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang sami di India telah mengangkat tangannya secara berterusan selama lebih satu dekad sebagai penghormatan kepada dewa, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Mahant Radheypuri Juna Akhara dari bandar Allahabad mengangkat tangan kanannya selama lebih 10 tahun sebagai penghormatan kepada dewa agama Hindu.

Dalam sebuah klip video yang kembali tular di Twitter baru-baru ini, Akhara memberitahu bahawa dia melakukan perbuatan itu supaya dewa menyedarinya. 

Sehingga hari ini, tangan sami itu seolah-olah tersekat pada kedudukan tersebut. Dia malah tidak merasakan kehadiran tangannya lagi.

Dalam kes berasingan lebih sedekad lalu, seorang sami dilaporkan mengangkat tangannya selama 38 tahun dan menjadi simbol kepada penganut agamanya di seluruh India.

Amar Bharati kini sudah mengangkat tangannya selama lebih setengah abad.

Pencapai Bharati menjadikan usaha Akhara kelihatan mudah jika dibandingkan antara kedua-dua mereka.

Selepas bertahun-tahun, otot lengan dikatakan akan mengecut sebelum seluruh anggota badan itu menjadi kebas dan tersekat dalam kedudukan yang tidak normal. – Agensi

 

POPULAR