fbpx

Orang ramai dialukan sertai konsultasi awam LHDN, tingkat ketelusan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengalu-alukan orang ramai menyertai konsultasi awam bagi meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran cukai langsung.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan konsultasi itu melibatkan elaun cukai pelaburan (industri layak) serta permohonan kelulusan Ketua Pengarah LHDN di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tabung kebajikan hospital awam dan hospital pengajar.

“Draf ketetapan umum dan garis panduan berkaitan konsultasi berkenaan telah dimuat naik dalam portal LHDN di www.hasil.gov.my untuk semakan dan penelitian.

“LHDN berharap peluang ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai kerana ia merupakan kaedah terbaik untuk kawal selia perundangan melalui penglibatan daripada pelbagai pihak,” katanya hari ini.

Tambahnya, usaha tersebut adalah penting bagi memastikan setiap peraturan yang dilaksanakan berlandaskan kepada maklumat yang lengkap dan berasas.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 portal rasmi LHDN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI