fbpx

Hidangan Happy Meal versi dewasa ada mainan popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Happy Meal versi dewasa boleh didapati bermula 3 hingga 30 Oktober ini. - McDonald’s

WASHINGTON – Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s akan melancarkan edisi terhad ‘Happy Meal’ bagi orang  dewasa yang akan disertakan dengan koleksi mainan percuma popular klasik sekitar tahun 80-an dan 90-an, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Inisiatif istimewa itu adalah kepada pelanggan setia McDonald’s untuk masa terhad sahaja. Happy Meal versi dewasa boleh didapati  di cawangan-cawangan restoran McDonald’s di  Amerika Syarikat (AS) bermula 3 Oktober ini.

Pelanggan boleh mendapatkan Happy Meal versi dewasa sama ada melalui set hidangan Big Mac atau 10 Chicken McNuggets bersama kentang goreng, minuman dan mainan kecil.

Mainan itu adalah versi reka bentuk semula beberapa maskot McDonald’s yang paling popular  termasuk Grimace, Hamburglar dan Birdie.

Setakat ini, francais itu belum mendedahkan harga bagi setiap set Happy Meal dewasa berkenaan.

Tawaran itu akan memberi peluang kepada peminat makanan segera untuk ‘menghidupkan’ semula kenangan zaman kanak-kanak mereka selama sebulan sehingga 30 Oktober ini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan AS McDonald’s, Tariq Hassan berkata,

pelancaran Happy Meal istimewa itu adalah bagi mengimbau memori indah zaman kanak-kanak pelanggan setianya.

“Ini adalah langkah paling relevan untuk  mengembalikan semula ingatan atau pengalaman pelanggan kami yang sudah menikmati McDonald’s dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI