fbpx

Foley hampir kuasai Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOLEY

LONDON – Ahli perniagaan dari Las Vegas, Bill Foley dilaporkan bakal memuktamad­kan urusan pengambilalihan kelab Liga Perdana Inggeris, Bournemouth yang bernilai £150 juta (RM752.15 juta) dalam masa terdekat ini.

Menurut jangkaan, kertas kerja mengenai proses penukaran pemilikan kelab itu akan selesai dalam tempoh tujuh hari sebelum Foley akan disahkan sebagai pemilik baharu dan memegang jawatan pengarah kelab.

Difahamkan, ketua pegawai eksekutif semasa kelab itu, Neill Blake yang memainkan peranan utama dalam urusan jual beli ini serta pengarah teknikal, Richard Hughes akan terus kekal dalam rejim baharu pimpinan Foley itu nanti.

Foley dilaporkan mahu kedua-dua mereka terus bersamanya untuk mengemudi kelab itu selepas melihat kejayaan mereka sebelum ini di Stadium Vitality termasuk kembali membawa Bournemouth ke saingan utama Liga Perdana Inggeris musim ini.

Media di England sebelum ini mendedahkan bahawa Foley menjadi calon utama untuk mengambil alih The Cherries yang sebelum ini dimiliki oleh tokoh korporat kelahiran Russia, Mexim Demin.

Foley merupakan individu yang cukup meminati sukan apabila turut memiliki pasukan hoki ais, Las Vegas Golden Knight selain beliau juga merupakan Pengurusi Fidelity National Financial yang merupakan syarikat insurans terbesar di Amerika Syarikat dan dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah $1.2 bilion (RM5.58 bi­lion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI