fbpx

Barat semakin kehabisan stok bekalan senjata untuk Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta kebal tempur utama Ukraine dipandu di jalan berhampiran Bakhmut, timur Ukraine pada 15 Mei lalu. - AFP

KIEV – Ukraine berkemungkinan akan mula kehabisan stok bekalan senjata bagi menentang Russia apabila bekalan yang dihantar oleh Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan mula berkurangan, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Presiden Volodymyr Zelenskyy mengesahkan situasi itu, di mana tentera Ukraine sebenarnya mula kehabisan bekalan senjata di lapangan selepas bekalan dari Britain dan AS semakin berkurangan.

Profesor Madya Dave Des Roches dari Universiti Pertahanan Nasional AS berkata, terdapat kebimbangan besar mengenai bagaimana Ukraine akan dibantu selepas ini.

“Melainkan AS mempunyai pengeluaran senjata baharu yang mengambil masa berbulan-bulan untuk dihasilkan, ia mungkin tidak berupaya lagi untuk menghantar bekalan kepada Ukraine,” katanya.

Kenyataan itu dipersetujui oleh wakil tertinggi EU untuk Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell, yang menyatakan bahawa stok tentera daripada kebanyakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mula habis dalam kadar yang tinggi kerana telah menyalurkan bekalan kepada Ukraine.

“Pihak kami kini bekerjasama dengan industri pembuatan untuk meningkatkan pengeluaran senjata dan peluru,” kata Borrell. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI