fbpx

Tiga lagi aksi pecut mewarnai saingan F1 musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN pecut akan ditambah kepada tiga lagi perlumbaan sekali gus menjadikan enam keseluruhan musim depan. – AFP

PARIS – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan bahawa enam perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) musim depan akan mengadakan perlumbaan pecut.

Perlumbaan pecut diadakan pada hari Sabtu dan kini semakin boleh diterima peminat semenjak ia diperkenalkan pada tahun lalu dengan melibatkan perlumbaan 100 kilometer yang mengambil masa sekitar 25-30 minit.

Konsep baharu itu memperlihatkan persaingan sengit dalam perebutan petak di setiap Grand Prix memandangkan ia juga menawarkan penambahan bonus kutipan mata bagi setiap pelumba sebelum para pelumba memulakan cabaran utama pada setiap Ahad.

Pada musim 2022, perlumbaan pecut diadakan di Emilia Romagna, Austria dan Sao Paulo menjadi destinasi terakhir mengadakan perlumbaan pecut tersebut.

“Perlumbaan ini akan menyebabkan semua pemandu berjuang di sepanjang tiga hari bermula pada Jumaat hingga acara utama pada hari Ahad. Sudah pasti ia menambah lebih banyak drama dan keseronokan pada hujung minggu.

“Maklum balas daripada peminat, pasukan, penganjur dan rakan kongsi adalah sangat positif dan format itu menambah dimensi baharu kepada Formula 1 dan kami semua mahu memastikan kejayaannya pada masa hadapan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

Awal tahun ini, Formula Satu telah bersetuju untuk menambah jumlah acara perlumbaan pecut menjadi enam saingan pada musim 2023 nanti, iaitu penambahan tiga lagi aksi, namun belum diputuskan litar yang akan terlibat.

Promotor GP Azerbaijan juga mahu Grand Prix di Baku menjadi salah satu daripada enam cadangan perlumbaan tersebut musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI