fbpx

Sepanyol ke kelompok empat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA muncul wira Sepanyol apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Portugal 1-0 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

BRAGA – Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mendedahkan bahawa beliau yakin dengan kemampuan pasukannya ketika turun menewaskan Portugal 1-0 pada aksi Kumpulan A2 Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Municipal de Braga awal pagi semalam.

Gol kemenangan yang dija­ringkan penyerang, Alvaro Morata pada penghujung perlawanan memastikan skuad La Roja muncul juara kumpulan, sekali gus layak ke saingan separuh akhir Jun tahun depan.

Enrique berkata, beliau menggunakan pendekatan berbeza sepanjang perlawanan kerana mahu menganalisis corak permainan lawan sebelum berusaha mencari gol kemenangan pada separuh masa kedua.

“Bola sepak adalah sukan yang paling hebat kerana setiap kemenangan mampu menjadi penawar kedukaan. Portugal adalah pasukan sempurna, jadi saya mahu pemain-pemain lebih ba­nyak memegang bola di separuh masa pertama.

“Bagi saya, amat penting untuk memegang penguasaan bola kerana mahu menunjukkan kepada lawan bahawa kami mengawal permainan. Memasuki separuh masa kedua, saya dapat rasakan Sepanyol akan jaringkan gol,” katanya.

Memandangkan saingan Piala Dunia 2022 sudah semakin hampir, Enrique menjelaskan, beliau perlu membuat keputusan berhubung senarai akhir skuad yang akan dibawa dan mungkin ada pemain bakal disisihkan.

“Ada 40 orang pemain yang berpeluang untuk menyertai skuad ke Piala Dunia dan saya gembira dengan jumlah ini. Bagaimanapun, akan ada pemain yang bakal diketepikan dan ia cukup sukar bagi saya,” tambah beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI