fbpx

Semburan hidung anti-Covid-19 dijual 1 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semburan hidung ini dibangunkan oleh sekumpulan saintis di Universiti Chulalongkorn. - WorkPoint Today

BANGKOK – Syarikat farmaseutikal Thailand, Hibiocy mengumumkan bahawa semburan hidung anti-Covid 19 keluarannya akan berada di pasaran dan boleh dibeli bermula 1 Oktober ini, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Semburan hidung keluaran tempatan itu dihasilkan oleh pasukan penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.

Ia direka bagi menghalang virus Covid-19 daripada memasuki badan melalui rongga hidung.

Semburan antikoronavirus itu akan dijual di bawah jenama VAILL CITITRAP Anti-Cov Nasal Spray.

Menggunakan slogan yang bermaksud ‘Buatan Thailand, untuk Thailand’, pasukan doktor dan penyelidik  universiti berprestij itu bekerjasama membangunkan semburan hidung tersebut untuk kegunaan domestik.

Semburan hidung itu berfungsi dengan menyalut rongga dalam hidung dengan lapisan hidroksipropil metilselulosa.

Ia bertindak sebagai penghalang dalam liang pori sekali gus menghalang virus Covid-19 daripada diserap ke dalam badan melalui rongga hidung.

Pengambilan semburan itu mengikut dos yang ditetapkan setiap enam jam atau tiga kali sehari  akan melindungi pengguna daripada virus berbahaya tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI