fbpx

Lelaki bebas hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Hwah Leong (tengah) dibebas dan dilepaskan daripada hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Muar, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 55 tahun terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Muar hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan dadah sejak lima tahun lalu.

Tertuduh, Lim Hwah Leong didakwa mengedar 178.36 gram methamphetamine; 76.58 gram heroin; 6.79 gram Nimetazepam dan 0.45 gram Monoacetylmorphine.

Tertuduh ditahan pada 16 Julai 2017 kira-kira pukul 8.15 malam di sebuah premis di Lorong Haji Kaprawi, Jalan Kluang, Batu Pahat di mana dia didakwa terlibat dalam penjualan dadah berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39B akta sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Ketika menyampaikan penghakiman, Hakim Datuk Halijah Abbas berkata, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Beliau berkata, terdapat juga percanggahan dalam kalangan tiga saksi pendakwaan mengenai bagaimana dadah itu muncul di bilik di Lorong Haji Kaprawi, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Tertuduh diwakili peguam, G. Subramaniam Nair; Nurfatin Amirah; Harpreet Kaur dan Dhanesh Subramaniam Nair.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI