fbpx

Individu yang tidak bahagia lebih berisiko mati awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesepian dan ketidakbahagiaan boleh memendekkan jangka hayat ramai orang. - Getty Images

BEIJING – Satu kajian mendedahkan bahawa perasaan tidak bahagia boleh memendekkan jangka hayat manusia pada kadar lebih banyak berbanding tabiat merokok, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kajian itu dijalankan terhadap 12,000 orang dewasa di China.

Individu yang mempunyai keadaan mental yang lemah seperti kesunyian, putus asa dan tidur tidak lena berisiko hilang satu tahun setengah daripada jangka hayat purata manusia.

Menurut saintis, kajian itu menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

“Kadar penuaan tinggi dikesan dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta berada dalam keadaan mental yang lemah.

“Bagaimanapun, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian boleh mengurangkan purata jangka hayat seseorang lebih banyak daripada merokok,” kata penulis utama kajian, Dr. Fredor Galkin.

Merokok mengurangkan jangka hayat individu dengan anggaran 1.25 tahun berbanding 1.65 tahun untuk faktor tidak bahagia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI