fbpx
Keluarga tidak percaya ejen kosmetik yang dipercayai diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu telah dibawa pulang ke Malaysia selagi mereka belum bertemu mata.

Ejen kosmetik diculik berjaya dibawa pulang ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ejen kosmetik wanita yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke Malaysia, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand.

Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, polis turut merampas sebuah kenderaan dipercayai digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Ujarnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. – KOSMO! ONLINE

POPULAR