fbpx

Culik: Ibu bapa leka dengan gajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak-anak pulang dari sekolah perlu dipantau bagi mengelakkan risiko culik.- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ibu bapa dilihat semakin leka dan lalai dalam memberi pemantauan ketat terhadap keselamatan anak-anak sama ada ketika berada di sekolah mahupun di tempat awam.

Penganalisis Jenayah, Shahul Hamid Abd. Rahim yang berkongsi pandangan beliau mengenai kes penculikan yang sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak adalah berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri.

Katanya, sebahagian besar ibu bapa lebih mengutamakan kerja mereka atau urusan luar berbanding memberi tumpuan terhadap anak-anak.

Perkara ini jelas dilihat apabila beliau berada di taman permainan, ibu bapa hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pemantaun penuh oleh mereka bahkan sekiranya berlaku kejadian luar jangkaan seperti anak hilang, mereka akan mula sedar selepas beberapa minit berlalu.

“Ibu bapa sibuk dengan penggunaan telefon pintar atau gajet ketika bersama dengan anak-anak, bawa anak keluar pergi taman, pergi pusat beli-belah atau mana-mana kawasan awam, boleh lepaskan anak sendirian, mata sibuk tengok gajet, bukan pantau anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Shahul Hamid

Baru-baru ini tular beberapa WhatsApp berantai yang memberi peringatan mengenai kejadian culik pelajar sekolah di beberapa negeri.

Sebanyak lima kes cubaan culik melibatkan pelajar sekolah dilaporkan antara 22 September hingga kelmarin di Pahang, Kelantan dan Perak dengan empat daripadanya telah disahkan palsu.

Shahul Hamid menambah, ibu bapa juga dikatakan terlalu meletakkan beban penjagaan anak-anak mereka kepada individu lain (bukan ahli keluarga) yang turut menyumbang kepada unsur culik itu boleh berlaku.

Lebih parah, Shahul Hamid berpendapat bahawa sikap ibu bapa yang sebegini telah menjadi antara punca utama berlakunya jenayah culik di negara ini sekali gus mengundang kepada perkara yang lebih berisiko se­perti sindiket penjualan organ dan perdagangan manusia.

Mengulas lanjut, Shahul Hamid berkata, pihak polis juga seharusnya bertindak lebih progresif dalam mengesahkan sesuatu info atau berita apabila ia menjadi bahan tular di media sosial.

Berita berkaitan: Kes cubaan culik, JPNM tingkat keselamatan di sekolah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI