fbpx

Lelaki terjun pangsapuri lepas tikam teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat lelaki dan wanita warga asing yang ditemui di lokasi berasingan di Pangsapuri Taman Kilangin, Sungai Pinang petang tadi.

GEORGE TOWN – Penduduk Pangsapuri Taman Kilangin, Sungai Pinang di sini kecoh dengan kejadian melibatkan satu pasangan lelaki dan wanita yang mayat mereka ditemui di lokasi berasingan di kediaman berkenaan petang tadi.

Mayat lelaki dipercayai berusia 20-an ditemui di pekarangan bawah kediaman itu dalam keadaan tercucuk besi tempat parkir pada bahagian depan badan.

Bagaimanapun, mayat wanita yang juga warga asing ditemui di kawasan koridor kediaman di aras lapan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Difahamkan, lelaki terbabit nekad terjun dari tingkat lapan pangsapuri berkenaan selepas dipercayai bertindak nekad menikam wanita dipercayai kekasihnya sehingga maut.

Siasatan lanjut berhubung motif kejadian masih dijalankan dan ketika ini, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang masih berada di lokasi.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI