fbpx

Berdiet ketika kurus tingkat risiko diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelidik memutuskan bahawa diet penurunan berat badan hanya untuk orang obes. – diabetes.co.uk

CAMBRIDGE, Massachusetts – Satu kajian terbaharu mencadangkan bahawa tindakan mengamalkan diet oleh seseorang yang tidak memiliki berat badan berlebihan boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan, lapor akhbar New York Post semalam.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard itu mendapati bahawa individu kurus yang turun berat badan sebanyak 4.5 kilogram (kg) berdepan risiko lebih tinggi untuk penyakit diabetes tahap dua sedekad kemudian. Mereka juga lebih cenderung untuk bertambah berat badan di kemudian hari.

Penyelidik mengumpul data daripada 200,000 individu sihat di Amerika Syarikat dengan 90 peratus daripada mereka adalah wanita. Ia dijalankan antara tahun 1988 hingga 2017.

Peserta dibahagikan kepada tiga kategori mengikut indeks jisim badan (BMI) iaitu sihat atau kurang berat badan, berat badan berlebihan dan obes. 

Mereka kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu individu yang kehilangan berat badan 4.5 kg selama empat tahun dan kumpulan yang tidak mengalaminya.

Tujuh lagi subkumpulan dibina berdasarkan cara yang dipilih oleh peserta untuk menurunkan berat badan mereka termasuk mengamalkan diet rendah kalori, bersenam, diet rendah kalori beserta senaman, berpuasa, program penurunan berat badan komersial, pil diet beserta puasa dan menyertai program komersial beserta pil diet.

Selepas memerhati rekod perubatan selama 10 tahun, secara purata, saintis mendapati bahawa individu kurus yang melakukan diet melampau mengalami pertambahan berat badan antara 2 kg hingga 7.7 kg berbanding rakan sebaya mereka. 

Bagaimanapun, individu berlebihan berat badan yang mengamalkan empat cara untuk diet, kehilangan berat badan antara 1.6 kg hingga 0.6 kg berbanding rakan sebaya mereka.

Apabila melihat risiko penyakit kencing manis, penyelidik mendapati bahawa orang kurus yang hilang sejumlah besar berat badan adalah 54 peratus lebih berisiko menghidap diabetes tahap dua di kemudian hari. Orang dewasa obes yang menjalani diet yang ketat pula kurang berkemungkinan menghidap diabetes.

Saintis percaya bahawa orang kurus yang hilang banyak berat badan mempunyai tahap hormon kelaparan yang lebih tinggi. Ia menyebabkan mereka mengidam lebih banyak makanan ringan manakala badan mereka mengumpul lebih banyak sel lemak untuk meningkatkan tahap hormon.

Mereka juga mengesyaki bahawa penurunan berat badan yang dramatik membawa kepada tahap hormon anorexigenik yang lebih rendah yang menambah rasa lapar.

Penyelidik turut memberi amaran bahawa diet penurunan berat badan harus dikhaskan hanya untuk mereka yang memerlukannya secara perubatan, bukan untuk orang yang sudah kurus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI