fbpx

Wanita cantik mengamuk, pantang ditegur pandu kereta lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita memadu melawan arus. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mengamuk apabila ditegur kerana memadu kereta secara melawan arus di jalan raya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Seorang wanita dilihat memandu sebuah kereta berwarna putih secara melawan arus di sebatang jalan pada waktu malam.

Perakam lelaki itu dilihat cuba menegur wanita tersebut tetapi kemudian dimarahi tanpa rasa bersalah.

“Cantik, ada kereta, kaya tetapi dungu,” kata perakam itu.

“Bodoh elu (kau),” kata wanita itu.

Mereka berdua bertengkar seketika sebelum wanita itu membaling wang ke arah kereta perakam tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Biasanya kejadian seperti ini yang ditegur malah lebih agresif,” kata seorang netizen.

“Kalau saya dalam keadaan sedemikian tidak buka cermin tetapi terus memandu. Malu kalau dah buat salah,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI