fbpx

Wabak Ebola di Uganda semakin serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan perubatan Unit Rawatan Ebola (ETU) Hospital Besar Bwera, barat Uganda dirakam dalam Sut Perlindungan Diri (PPE) pada 2018. - AFP

KAMPALA, Uganda – Pihak berkuasa kesihatan Uganda memberi amaran peningkatan ketara jangkitan demam berdarah Ebola di kebanyakan da­erah di negara itu, lapor stesen penyia­ran CNN kelmarin.

Penularan yang berlaku sekarang membawa kepada jumlah kumulatif kes kematian disyaki dan akibat Ebola,  meningkat kepada 23 orang.

Uganda mengisytiharkan penwabak Ebola Selasa lepas selepas mengesan virus Ebola varian Sudan yang jarang ditemui pada pesakit di daerah Mubende.

Virus itu  merebak ke daerah Kyegegwa dan daerah berdekatan,  Kassanda. Kementerian Kesihatan Uganda (KKU) me­laporkan bahawa kes kumulatif me­ningkat kepada 36 ​​termasuk kes disahkan dan disyaki. 

Setakat ini, tiada kes Ebola  dikesan di ibu negara Uganda, Kampala.

KKU mengkategorikan kes disyaki sebagai mana-mana individu yang meninggal dunia akibat simptom mirip  Ebola dan mempunyai pautan epidemiologi kepada kes disahkan tetapi tanpa diuji serta tidak mempunyai pengesahan makmal.

Kes disahkan pula adalah  mereka yang positif virus Ebola selepas ujian makmal dilakukan. 

Daripada jumlah jangkitan yang dikenal pasti setakat ini, 18 pesakit disahkan dijangkiti ­Ebola, manakala 18 lagi disyaki mempunyai virus maut itu.

KKU  juga menyatakan ba­hawa lima daripada pesakit  yang meninggal dunia sah dijangkiti Ebola dan 18 kematian lain sebagai disyaki. Menurut kementerian sama, kira-kira 35 pesakit demam berdarah Ebola kini menerima rawatan.

Uganda telah mengalami empat gelombang melibatkan wabak Ebola. Gelombang yang paling dahsyat menyerang pada tahun 2000 dan  menyebabkan lebih 200 orang mati.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksin Ebola  terhadap varian Sudan yang jarang ditemui itu belum diuji keberkesanannya.

Bagaimanapun, vaksin Ervebo (rVSV-ZEBOV) didapati berkesan dalam melindungi individu daripada varian Zaire. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI