fbpx

The Azzurri tempah slot semi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI muncul juara Kumpulan A3 selepas mencatat kemenangan pada aksi terakhir menewaskan Hungary awal pagi semalam. – AFP

BUDAPEST – Itali menjadi pasukan seterusnya melangkah ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas muncul juara Kumpulan A3 dengan menewaskan Hungary 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Puskas Arena awal pagi semalam.

The Azzurri turun dengan misi wajib menang memandangkan hanya kemenangan dapat membantu mereka memastikan tempat ke pusingan empat pasukan terbaik yang dijadualkan berlangsung Jun tahun depan.

Pada perlawanan tersebut, Hungary menampilkan aksi lebih baik apabila menguasai permai­nan, namun tuah lebih memihak kepada Itali yang berjaya menjaringkan dua gol menerusi Gia­como Raspadori dan Federico Dimarco.

“Kami bermain cukup baik dalam 70 minit permainan, namun pada 20 minit terakhir, kami seolah-olah hilang arah tuju. Secara jujur, saya kecewa dengan perubahan momentum yang ditunjukkan pemain.

“Apabila mendahului perlawanan dengan kelebihan dua gol, sepatutnya kami mengawal permainan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Situasi itu menyebabkan saya agak marah,” kata Ketua Jurulatih Itali, Roberto Mancini.

Bekas pengendali Manchester City itu mengakui lega selepas pasukannya melayakkan diri ke separuh akhir kerana meng­anggap ia sebagai saguhati memandangkan Itali gagal melangkah ke saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

“Bagi saya, adalah sangat penting untuk kami melangkah ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut. Saya anggap ini satu kejayaan kerana kami berada dalam kumpulan yang sukar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI