fbpx
RIA RICIS kini baru habis pantang selepas melahirkan anak dua bulan lepas.

Ajak bayi main trampolin, Ria Ricis dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON cantik, Ria Ricis sekali lagi menuai kritikan netizen tentang caranya mengasuh bayi yang kini berusia dua bulan.

Menerusi sebuah video, kelihatan Ria yang juga pensohor media sosial itu menggendong anaknya yang diberi nama Moana bermain trampolin, iaitu sejenis alat yang digunakan untuk melompat.

Tindakan selebriti berusia 27 tahun itu sekali gus menerima kecaman daripada netizen kerana mendakwa perbuatan yang dilakukannya itu sangat berbahaya.

“Ria ada otak atau tidak? Bayi sekecil itu diajak bermain trampolin,” kata seorang peminatnya.

Bagaimanapun tindakan Ria itu telah dipertahankan oleh suaminya iaitu Teuku Ryan. Kata Ryan, apa yang dilakukan isterinya telah dirancang dan dilakukan dengan berhati-hati.

“Alhamdulillah tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Semuanya dalam perancangan dan baik-baik sahaja,” katanya.

POPULAR