fbpx
VAN DIJK menanduk gol kemenangan 1-0 ke atas Belgium bagi menjuarai saingan Kumpulan A4 Liga Negara-Negara Eropah di Amsterdam Arena awal pagi semalam. – AFP

Van Dijk muncul wira Belanda ke semi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM – Belanda memastikan tempat ke separuh akhir saingan Liga Negara-Negara Eropah selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Belgium awal pagi semalam bagi menjua­rai saingan Kumpulan A4.

Pada perlawanan di Amsterdam Arena, pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menjadi wira The Oranje apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 hasil sepakan penjuru Cody Gakpo.

Walaupun menang, namun ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengakui agak kecewa dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan meskipun barisan pemainnya menunjukkan disip­lin cukup tinggi sepanjang 90 minit permainan.

“Kami kehilangan banyak bola pada perlawanan malam ini meskipun dalam situasi yang mudah. Ia sama seperti bertemu Poland, namun kali ini kesilapan tersebut menjadi semakin ­banyak.

“Belgium juga bermain sangat baik apabila memberi tekanan kepada kami dengan tidak memberi ruang kepada pemain-pemain Belanda memegang bola. Ini bukanlah permainan terbaik kami,” katanya.

Bekas pengendali Manchester United itu juga percaya mereka sepatutnya menamatkan perlawanan tersebut dengan jaringan lebih besar sekiranya bahagian serangan memanfaatkan sepenuhnya peluang terhidang.

“Kami ada cipta beberapa peluang pada penghujung perlawanan. Saya fikir (Steven) Bergwijn dan (Davy) Klaassen sepatutnya menghasilkan jaringan menerusi peluang-peluang tersebut,” ujar Van Gaal. – AGENSI

POPULAR