fbpx

CFMB, EA tubuh syarikat JV ceburi segmen EV, RE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Justin Lim (tiga dari kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian antara CFMB dengan EA di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFMB) menandatangani perjanjian dengan Energy Absolute Thailand (EA) untuk mewujudkan syarikat kerjasama (JV) di sini bagi menceburi industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga boleh baharu (RE) di Malaysia.

EA, yang juga merupakan syarikat tersenarai awam di Thailand memiliki lebih 60 syarikat subsidiari yang beroperasi dalam segmen perniagaan EV dan ste­sen pengecasan, bateri, RE dan minyak sawit mentah serta biodiesel.

Syarikat dengan permodalan pasaran 322.64 bilion baht (RM39.19 bilion) itu turut mengeluarkan kereta, bas dan feri elektrik menggunakan jenama MINE.

Antaranya adalah model kereta elektrik MINE SPA1, yang dikuasakan dengan bateri berkapasiti 30 kilowatt/ jam dan memiliki jarak perjalanan sejauh 200 kilometer dengan sekali cas.

Pengarah Urusan CFMB, Datuk Justin Lim berkata, syarikat JV berkenaan akan menyediakan penyelesaian mobiliti yang lebih hijau di negara ini serta memacu lebih banyak projek EV dan RE bagi memenuhi aspirasi rendah karbon negara.

“Projek tersebut bakal melibatkan pelaburan anggaran RM5 bilion secara berperingkat yang mana fasa pertama melibatkan kemasukan bas elektrik dalam bentuk model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand.

“Projek tersebut dijangka dilaksanakan pada separuh tahun pertama 2023.

“Kami memiliki peranca­ngan untuk menukarkan kira-kira 30,000 bas sekolah di negara ini kepada bas berkuasa elektrik dalam tempoh 10 tahun.

“Fasa kedua pula melibatkan pembangunan fasiliti pembuatan bateri di sini.

“Kami berhasrat untuk mereplikasikan kejayaan yang dicapai EA dalam mobiliti elektrik di Thailand ke negara ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena pelancaran kerjasama berkenaan, di sini semalam.

Pada majlis itu, pembekal bas dan koc utama tempatan, Gen­ting International turut menyatakan hasrat untuk membeli 200 unit bas daripada syarikat baharu itu, melibatkan anggaran nilai RM200 juta.

Menurut Justin, penubuhan syarikat JV itu dijangka dimuktamadkan pada bulan depan, dengan pegangan pada kadar ekuiti masing-masing 50 peratus antara CFMB dan EA. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI