fbpx

RUU GEG bakal berdepan masalah besar daripada aspek melanggar hak asasi, keperlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUU GEG bakal memberi impak lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) bakal berdepan dengan pelbagai masalah besar daripada segi hak asasi dan keperlembagaan.

Gagasan Belia dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, hasrat dan usaha kerajaan untuk mengurangkan perokok baharu di Malaysia adalah dialu-alukan oleh seluruh rakyat Malaysia, namun pada sudut yang lain RUU yang baharu ini dilihat mampu membawa kemudaratan sekiranya diterima di dalam bentuknya yang sedia ada. 

Sehubungan itu, persatuan tersebut  menggesa Kementerian Kesihatan bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen PSSC GEG berbincang dengan Majlis Peguam Malaysia dan mengeluarkan laporan menyeluruh tentang isu keperlembagaan RUU GEG. 

“RUU yang dicadangkan ini merupakan pelanggaran hak asasi tersebut yang amat ketara sekali kerana memberikan kuasa kepada pihak kerajaan untuk mendakwa sesetengah rakyat berdasarkan perbezaan tarikh lahir mereka semata-mata. 

“Harus ditekankan bahawa RUU GEG akan menjadi satu-satunya undang-undang dalam sejarah negara yang digubal berdasarkan tahun lahir, bukannya umur,” katanya.

 Tambah kenyataan itu, secara amnya, RUU ini akan mengenakan hukuman dan denda yang amat tinggi terhadap perokok dan pemilikan produk rokok dan vape. 

Merujuk kepada Perkara 17.(2) RUU, ia menyatakan bahawa mana-mana individu yang lahir selepas 1 Januari 2007 yang menghisap rokok atau menggunakan produk rokok, peranti merokok atau produk vape akan dikenakan denda. 

“Walaupun denda dikurangkan dari RM500 ke RM5,000 , ia merupakan jumlah denda yang tinggi yang akan menyebabkan ramai orang, terutamanya golongan miskin, tidak dapat membayar denda tersebut lalu mereka akan terpalit dengan hukuman lain termasuk dipenjarakan,” ujarnya.

Gambar hiasan.

Selain itu, RUU ini juga tidak fokus untuk  menyelesaikan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah ketagihan di kalangan masyarakat.

Tambahnya, antara faktor utama anak muda terjebak kepada masalah ketagihan rokok adalah akibat daripada situasi sosial dan ekonomi mereka. 

Situasi sosial ini menjadikan mereka cenderung menggunakan produk tembakau dan mengalami ketagihan bermula dari usia yang muda. 

Tanpa pendekatan yang lebih sedar terhadap situasi sosial dan ekonomi, yang merupakan penyumbang besar masalah ketagihan, secara tidak langsung RUU ini akan menghukum golongan masyarakat yang berada di strata rendah dari segi ekonomi dan sosial. 

“Kami melihat RUU ini sebagai regresif dan mempunyai banyak kelompongan yang perlu ditambah baik. 

“Kami menuntut agar RUU ini disemak semula dan seharusnya dibawa untuk dibincangkan semula melibatkan pakar kesihatan awam, pakar Perlembagaan, pakar kanak-kanak serta pihak berkepentingan lain agar turut melihat kepada kesan kepada hak asasi manusia dan menepati konsep pengurangan mudarat sebelum diluluskan di Parlimen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI