fbpx

Romeo Brazil perdaya wanita bermodal cerita sedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gomes ditahan selepas tujuh wanita melaporkannya kepada pihak berkuasa. – G1

BRASILIA – Seorang jejaka romeo di Brazil diberkas polis kerana memperdaya tujuh wanita dengan ‘bermodalkan’ cerita sedih, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Renan Augusto Gomes, 36, meraih belas kasihan mangsa-mangsanya dengan memberitahu bahawa dia merupakan anak yatim piatu sebelum menipu wang mereka yang berjumlah sehingga beribu-ribu pound British.

Dia ditahan Rabu lalu selepas dituduh menyasarkan golongan profesional berpendapatan tinggi.

Rakaman kejadian menunjukkan Gomes cuba mengelak daripada ditahan polis sebelum merempuh tiga kenderaan lain di bandar Sao Paulo dekat Sao Bernado do Campo.

Tujuh wanita memberitahu polis bahawa Gomes memujuk mereka untuk meminjamkan sejumlah besar wang dengan seorang mangsa mendakwa suspek mengambil wang sebanyak £35,000 (RM174,004) daripadanya.

Siasatan mendapati Gomes menggunakan sebilangan profil dalam beberapa aplikasi temu janji termasuk Tinder, Happn dan Lovoo dengan nama Augusto Keller. Lelaki itu sangat dikehendaki polis sejak tahun lalu, lapor portal berita G1.

Suspek turut menyamar sebagai jurutera awam dan mendakwa bahawa ibu bapanya merupakan warga Jerman yang maut secara tragis dalam kemalangan kereta di Aracatuba. 

Kesemua mangsa berusia antara 34 hingga 40 tahun dan pernah memperkenalkan Gomes kepada keluarga mereka, lapor akhbar The Sun.

Gomes kemudian bertanya sama ada mereka boleh meminjamkan wang kepadanya kerana mengalami masalah kewangan sebelum menghilangkan diri.

Penipu itu akhirnya berjaya diberkas berikutan operasi oleh Polis dan Kementerian Awam. Beberapa lagi mangsa dipercayai masih belum tampil memberi laporan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI