fbpx

Dekat rumah saya serius – Yassin Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yassin mengakui dia seorang yang sangat serius ketika berada di rumah.

PETALING JAYA – “Dalam televisyen (TV) saya seorang kelakar sedangkan kalau di rumah mulut saya macam ada mutiara. Maksudnya di rumah saya pendiam”.

Demikian kata pelawak dan juga penyanyi Yassin Yahya tentang penglibatannya sebagai salah seorang anggota kumpulan Senario pasa sekitar awal tahun 2000-an.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Yassin, 44, berkata dia dikenali dalam kalangan ahli keluarga terutama ibunya sebagai seorang individu yang serius di rumah.

“Ibu saya tidak tahu sebenarnya saya telah menyertai kumpulan Senario. Sehinggalah suatu hari dia menonton episod pertama tayangan sitcom Senario membabitkan saya dalam TV.

“Awalnya saya takut hendak menonton bersama-sama ibu, tapi saya hendak tahu apa reaksinya bila melihat saya bersama kumpulan Senario.

“Saya nampak anak matanya melihat saya yang berada di sebelah beberapa kali dan tanya saya sama ada individu yang berada di dalam TV itu adalah saya atau bukan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Yassin lagi, ibunya terkejut dan tidak percaya individu yang sedang melawak di dalam TV itu adalah dirinya kerana sikapnya cukup berbeza ketika berada di rumah.

“Ibu saya memanggil saya dengan panggilan Anje. Dia tanya kenapa dalam TV saya kelakar, sedangkan di rumah mulut saya macam ada mutiara.

“Maksudnya saya pendiam di rumah dan serius. Saya kata dengan ibu saya seorang yang serius jika bekerja,” ujarnya.

Yassin ditemui di Program Fiesta Market Celebrity sempena Pameran Datuk sudirman Hj. Arshad Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No 1 Asia di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, semalam.

Dalam program terbabit, seramai 16 selebriti antaranya Syanie, Riezman Khuzaimi, Azan Scan, Norli Tamam, Azlee Khairi dan Yassin membuka gerai menjual produk keperluan bermula kelmarin hingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI