fbpx

Bahaya hias bayi dengan barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ibu-ibu yang mempunyai bayi perempuan kadangkala teringin memakaikan barang kemas sebagai hiasan untuk mereka.

Bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana tindakan itu sebenarnya mengundang risiko bahaya kepada bayi anda.

Menurut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, barang kemas seperti gelang boleh mengundang risiko tercalar muka dan bahagian badan yang lain.

Katanya, bayi juga suka memasukkan ke mulut, menggigit seterusnya menyebabkan risiko mereka tercekik.

“Memakaikan rantai kaki kepada bayi menyebabkan risiko ia hilang dan tercicir, malah pemakaian terlalu ketat boleh mengganggu tumbesaran dan menjerut pergelangan kaki.

“Begitu juga subang yang boleh mendatangkan risiko tertarik dan mencederakan telinga. Bertindik juga menyakitkan serta ada risiko jangkitan,” jelasnya.

Dalam masa sama, pemakaian rantai kepada bayi pula boleh merisikokan mereka tercekik buah rantai, bahkan ia boleh menyebabkan terjerut dan terbelit pada leher bayi semasa tidur.

“Anak-anak sudah comel tanpa barang kemas yang boleh menyebabkan risiko kepada mereka. Tunggulah mereka lebih besar sebelum dihiaskan dengan aksesori berisiko,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI