fbpx

Qatar Airways syarikat penerbangan terbaik 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QATAR AIRWAYS menerima anugerah itu buat julung-julung kalinya. - Fabrizio Gandolfo/SOPA Images/LightRocket/Getty Images

LONDON – Satu tinjauan mendapati bahawa Qatar Airways dipilih sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi tahun 2022, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Tinjauan tersebut dijalankan oleh syarikat penerbangan dan laman penilaian lapangan terbang yang berpangkalan di Britain, Skytrax.

Ia meninjau pendapat lebih 14 juta pelanggan dari lebih 100 negara antara September 2021 hingga Ogos 2022. 

Qatar Airways muncul sebagai kedudukan teratas walaupun sudah memenangi tempat utama itu sebanyak tujuh kali sejak diperkenalkan pada 1999.

Ia selain itu turut merangkul lapan lagi anugerah pada Jumaat lalu termasuk Kelas Perniagaan Terbaik, Tempat Duduk Kelas Perniagaan Terbaik dan Tempat Makan Lounge Kelas Perniagaan Terbaik.

Ketua Eksekutif kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker merakamkan ucapan terima kasih kepada pekerja yang luar biasa kerana dedikasi dan dorongan mereka secara berterusan.

“Anugerah ini lebih menggembirakan apabila dimenangi pada tahun yang sama syarikat kami meraikan ulang tahun ke-25,” katanya.

Selain itu, Singapore Airlines menduduki tempat kedua dalam senarai itu, dan diikuti dengan Emirates, ANA (All Nippon Airways), Qantas Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines, Air France, Korean Air dan Swiss International Air Lines dalam senarai 10 teratas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI