fbpx

Op Lejang: 888 saman dikeluarkan, 10 motosikal disita di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Lejang dijalankan JPJ di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson petang semalam. - Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

SEREMBAN –  Sebanyak 888 saman dikeluarkan dan 10 motosikal disita atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Op Lejang yang dijalankan di Negeri Sembilan sejak 1 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sebanyak 3,922 motosikal telah diperiksa dalam operasi berkenan dengan kesalahan tertinggi direkodkan adalah membabitkan kesalahan pelesenan kenderaan iaitu sebanyak 390 kes.

“Kesalahan tersebut iaitu lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 200 kes dan tiada perlindungan insurans sebanyak 190 kes.

“Selain itu, kesalahan pelesenan pemandu melibatkan 354 kes iaitu tiada lesen memandu kompeten (CDL) 308 kes dan CDL tamat tempoh sebanyak 12 kes selain 34 kes tidak mempamerkan pelekat P/L,” katanya kepada pemberita selepas Op Lejang di Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini semalam.

Sementara itu, jelas beliau, Op Lejang itu turut membabitkan beberapa agensi lain iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bagi PDRM, sebanyak 183 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, Jabatan Imigresen Malaysia pula telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 303 orang dan jumlah tangkapan sebanyak 19 orang manakala bagi JAS, sebanyak tiga notis telah dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Hanif Yusabra menjelaskan, Op Lejang yang dijalankan semalam berikutan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson sering menjadi lokasi tumpuan aktiviti bermotosikal dan kerap menerima aduan daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI