fbpx

Masalah kekurangan telur ayam sudah diatasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Masalah kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seluruh negara yang dilaporkan sebelum ini telah diatasi segera.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, kekurangan isu bukanlah disebabkan krisis bekalan, tetapi hanya masalah teknik antara pengeluar dan peruncit.

“Berdasarkan siasatan, kebanyakan masalah kekurangan telur ayam itu disebabkan kelewatan penghantaran atau kegagalan membuat pesanan pada waktu sepatutnya.

“Masalah teknikal tersebut mudah diselesaikan dengan dalam kebanyakan kes bekalan telur ayam kehabisan dapat dihantar dalam tempoh beberapa jam selepas aduan dibuat,” katanya di Seberang Takir di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan pengguna tentang kekurangan bekalan telur ayam yang dilaporkan di beberapa kawasan seperti Pulau Langkawi, Kedah; Jerantut, Pahang dan Hulu Terengganu baru-baru ini.

Azman berkata, pengguna tidak perlu panik kerana buat masa ini, bekalan telur ayam untuk pasaran tempatan adalah mencukupi.

Tambah beliau, pengurusan agihan bekalan telur ayam juga secara keseluruhannya didapati berjalan secara baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI