fbpx

Bayi perempuan baru lahir ditemui di atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan dipercayai baru lahir serta masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan semalam. -Foto IHSAN POLIS

KENINGAU – Seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir serta masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 1.05 pagi itu, bayi cukup sifat berkenaan ditemui oleh orang awam sebelum melaporkan penemuan terbabit kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi itu pada pukul 2.38 pagi.

“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga.

“Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Rafidah memaklumkan bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bayi itu kini dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI