fbpx

Mayat lelaki reput ditemui dalam belukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haris (tengah) ketika meninjau lokasi penemuan mayat lelaki reput dalam belukar di kawasan tebing jalan di Kilometer 39, Jalan Penampang-Tambunan, di Kampung Tudan Poring semalam. /FOTO IHSAN PDRM

PENAMPANG – Mayat lelaki reput tanpa identiti ditemukan dalam belukar di kawasan tebing jalan di Kilometer 39, Jalan Penampang-Tambunan, di Kampung Tudan Poring semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan tersebut sekitar pukul 2.20 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis terus dikejarkan ke lokasi kejadian. Mayat yang dilaporkan hanya tinggal rangka itu ditemui di dalam belukar di kawasan tebing jalan berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut yang dijalankan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah mendapati tiada sebarang unsur jenayah berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput.

“Mayat berkenaan kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd. Haris memaklumkan satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut laporan mati mengejut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta segera membuat laporan polis.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang ditalian 088-723961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI