fbpx

Uganda sahkan enam lagi kes Ebola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja kesihatan memeriksa suhu pelawat yang datang ke bandar sempadan Nimule di Sudan Selatan pada 19 Jun 2019 susulan beberapa kematian akibat Ebola yang direkodkan di Uganda. - AFP

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika itu melaporkan kematian pertama akibat virus demam berdarah itu sejak 2019.

Kementerian Kesihatan Uganda mengisytiharkan darurat wabak Ebola di daerah Mubende, tengah Uganda Selasa lalu semasa mengumumkan kematian pesakit lelaki berusia 24 tahun itu.

“Setakat ini, tujuh kes termasuk satu kematian disahkan menghidap varian Ebola Sudan.

“Seramai 43 tiga kontak telah dikenal pasti, manakala 10 orang yang disyaki dijangkiti virus Ebola sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan di Mubende.

“Pakar-pakar kami sudah berada di lokasi wabak dan bekerjasama dengan pasukan kawalan Ebola Uganda yang berpengalaman untuk mengukuhkan pengawasan, diagnosis, rawatan serta langkah pencegahan,” kata WHO dalam satu kenyataan, merujuk kepada varian Ebola yang jarang dikesan.

Uganda yang berkongsi sempadan rapuh dengan Republik Demokratik Congo (DRC), telah mengalami beberapa wabak Ebola pada masa lalu dengan yang terbaharu dilaporkan dalam tahun 2019 apabila sekurang-kurangnya lima orang terkorban.

DRC merekodkan satu kes baharu Ebola bulan lalu di timur negara itu yang bergolak, kurang enam minggu selepas epidemik Ebola di barat laut DRC, diisytiharkan sudah berakhir.

Ebola merupakan demam berdarah yang kerap kali membawa kematian. Kadar kematian akibat penyakit itu tinggi dan dalam sesetengah kes melonjak sehingga 90 peratus, demikian menurut WHO.

Pertama kali dikenal pasti dalam tahun 1976 di DRC (dulunya Zaire), virus Ebola yang hidup di dalam kelawar sejak itu mencetuskan siri epidemik di Benua Afrika dan membunuh sekitar 15,000 orang.

Jangkitan pada manusia adalah melalui cecair badan dengan simptom utama ialah demam, muntah, pendarahan dan cirit-birit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI