fbpx

Tular aksi Syamsul Yusof pegang kamera bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Syamsul ketika penggambaran Mat Kilau tular selepas filem tersebut dikritik dari segi kualiti dan pergerakan kamera.

SELAIN menerima kecaman buruk daripada netizen mengenai Mat Kilau, momen Syamsul Yusof ketika merakam babak pertarungan turut tular.

Dalam rakaman pendek tersebut, kelihatan Syamsul memikul kamera dan bergerak mengikut aksi para pelakon.

Jika pelakon terbaring, maka terbaring jugalah pengarahnya.

Disebabkan video tersebut, ramai membuat kesimpulan itu punca teknik kamera bergegar dalam filem Mat Kilau yang dikritik ramai.

“Aku rasa kamera bergegar merupakan signatur Syamsul dalam setiap filem,” komen netizen.

“Patutlah goyang sana-sini kamera sewaktu babak lawan, ini rupa-rupanya punca,” seloroh seorang pengguna Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI