fbpx

Sukma 2022: ‘Kaki gaduh’ muncul juara tinju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (dua dari kiri) muncul pemenang pingat emas Sukma 2022 kategori Flyweight di Kompleks Futsal Malaysia Presint 18 hari ini.

SETIAP orang pastinya ada kisah hitamnya sendiri, namun berlainan bagi atlet tinju Sarawak, Jackson Chambai Anak Ikeh yang dahulunya terkenal sebagai ‘kaki gaduh’, namun dia kini bergelar juara Sukan Malaysia (Sukma) 2022 hari ini.

Pada saingan tersebut, atlet berusia 21 tahun itu membuktikan dia benar-benar berbakat dalam sukan tinju selepas menewaskan atlet Wilayah Persekutuan, Mohamad Hakimi Sumadi dengan kemenangan mutlak 5-0 dalam kategori Flyweight (48-51 kilogram) di Kompleks Futsal Malaysia Presint 18.

Kemenangan tersebut memastikan atlet kelahiran Ulu Krian, Saratok tersebut menutup kariernya terbaiknya bersama Sarawak kerana ia adalah penampilan terakhir pada temasya dwitahunan tersebut.

“Saya mula menceburi sukan tinju ini semenjak usia 13 tahun kerana ketika tingkatan satu saya suka bergaduh di sekolah.

“Selepas saya sedar ia adalah tindakan sia-sia saya terus sertai sukan tinju ini. Cikgu saya, cikgu Joseph Anak Harry yang membuka ruang dan peluang kepada saya menceburi sukan ini.

“Apa pun, saya sangat gembira dan sangat berpuas hati dengan pencapaian ini terutamanya pada penampilan pertama dan terakhir saya pada Sukma ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu saya mencapai kejayaan pada hari ini (semalam),” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Jackson turut mengakui selepas berakhirnya Sukma edisi ke-20 tersebut dia akan beralih ke pentas profesional.

“Jika ada rezeki saya nak mewakili negara pada Sukan SEA Kemboja dan juga beralih ke profesional,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI