fbpx

Lelaki temui ular sawa gergasi, jual daging di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario sebilangan penduduk mengangkut ular sawa tersebut. Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebilangan petani mengusung seekor ular sawa gergasi yang memiliki panjang kira-kira 7  meter, lapor laman berita Okezone. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. 

Ular sawa itu ditemui di kawasan hutan berhampiran Desa Latompe, Sulawesi Tenggara Rabu lalu.

Menurut seorang petani, La Densi, ular itu tidak bergerak dan bertindak balas ketika dia menemuinya.

Dia kemudian segera memanggil rakan-rakannya untuk membunuh ular tersebut yang ketika itu sedang melilit semak belukar. 

Setelah berasa terancam, ia cuba melawan dan mematuk rakan sekerjanya namun gagal. Tanpa berfikir panjang, mereka menetak haiwan itu menggunakan parang sehingga mati.

Menurut La Densi, ular itu kemudian dibawa sejauh 7 kilometer ke kawasan kampung. Dia mengambil inisiatif untuk menjual daging ular betina itu. 

Selain itu, mereka menemui 100 biji telur ular tersebut yang kemudian diangkut menggunakan guni. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI