fbpx

Founder Misi berjaya kutip RM142,634 bantu keluarga ‘rider’ dirempuh SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Founder Misi di Facebook mengenai jumlah kutipan sumbangan terkini untuk bantu keluarga 'rider' dirempuh SUV.

PETALING JAYA – Kutipan derma berjumlah RM142,634 berjaya dikumpul oleh Founder Misi bagi membantu keluarga dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, semalam.

Sumbangan yang dibuka bermula pukul 9.30 malam semalam hingga pukul 9 malam tadi, ternyata berjaya meraih perhatian warga Malaysia yang prihatin.

Menurut hantaran tersebut, pihaknya akan melawat keluarga kedua-dua mangsa itu esok, untuk menyampaikan sumbangan terkumpul.

“Salah seorang mangsa sedang kritikal dan memerlukan kos rawatan tinggi. Moga kutipan sumbangan sehingga Januari 12 malam esok (malam ini) cukup untuk meringankan beban kedua-dua pihak mangsa.

“Saya akan melawat keluarga mangsa esok untuk sampaikan sumbangan dan uruskan pemindahan wang kepada isteri mangsa. Terima kasih semua saya yakin sifat kemanusiaan tidak pernah hilang daripada jati diri kita,” katanya.

Sebelum itu, pemilik akaun Facebook berkenaan turut meminta bantuan orang ramai bagi mengenalpasti keluarga mangsa-mangsa terlibat bagi memudahkan urusan penyerahan sumbangan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang melibatkan lima kenderaan itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal lain cedera parah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI